Mesyuarat Akhir Program Inovasi Usahawan Desa Pusat Internet (Maxis Kelantan)
25 Febuari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Febuari 2019 telah berlangsungnya “Mesyuarat Akhir Program Inovasi Usahawan Desa Pusat Internet (Maxis)” di Kelantan iaitu di Pusat Internet (PI) Jeram Tekoh, Kelantan disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus yang terlibat. Mesyuarat akhir diadakan kerana untuk membincangkan tentang perancangan dan tentatif program tersebut kerana Program Inovasi Usahawan Desa telah mendapat kelulusan dari pihak Maxis dan Nera. Oleh itu program ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan March samada 15 dan 16 haribulan March 2019.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat di komersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri. Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi.
Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalan secara bersiri ini. Mesyuarat akhir ini diadakan dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: